PANAGA, Sabtu 8 Mei 2021 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengungkayahkan satu Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Panaga pada 8 Mei 2021. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB. 

Turut hadir di majlis tersebut, timbalan pengarah, pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan awam PPDB. 

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh membaca surah-surah lazim, bacaan tahktim, dikir marhaban, doa selamat dan diakhiri dengan sembahyang fardhu zohor berjemaah yang diimamkan oleh Bilal Surau Ibu Pejabat Daerah Polis Belait PC 6569 Mohd Zulhairi bin Omarali. 

Semoga dengan majlis khatam ini akan memberikan kerahmatan dan pahala yang berlipat ganda kepada pembacanya sebagai tabung dan bekal di kehidupan yang selanjutya.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI