TUTONG, Jumaat 16 April 2021 – Dua (2) beradik (lelaki & perempuan) meninggal dunia selepas kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta dalam hala yang bertentangan.
Insiden kemalangan diterima daripada talian kecemasan 993 pada 16 April 2021 sekitar jam 11.57 pagi memaklumkan mengenai kemalangan 2 buah kenderaan yang berlaku di kawasan Kg Pengkalan Mau, Lamunin Tutong.
Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) segera ke tempat kejadian dan menjalankan siasatan. Daripada siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa (pemandu & penumpang) merupakan warganegara tempatan berumur 18 dan 20 tahun dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat daripada kemalangan berkenaan.
Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan berlaku.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa memandu. Turut disarankan untuk mengambil perhatian terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan dan jangan memandu jika dalam keadaan yang tidak sihat.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
