BRUNEI MUARA, Sabtu 20 Mac 2021 – Sejumlah minuman keras pelbagai jenama berjaya ditemukan oleh Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa rondaan bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang dijalankan di kawasan tapak perindustrian Kampung Lumapas ‘B’.
Menurut siasatan awal, semasa rondaan dijalankan pasukan peronda berkenaan telah menemukan barang-barang tegahan itu diletakkan di kawasan semak persekitaran kebun. Semasa pemeriksaan dijalankan telah mendapati sejumlah barangan tegahan didalamnya berupa 12 botol minuman keras tanpa pemilik.
Kesemua barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kg Ayer untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).
PPDB akan terus memerangi jenayah rentas sempadan dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak akan berkompromi dalam soal jenayah di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
