TUTONG, Ahad 7 Feb 2021 – Sebanyak empat (4) lokasi berasingan telah menjadi tumpuan lima (5) agensi penguatkuasaan undang-undang negara ini hasil daripada operasi sepadu yang dikendalikan semalam di kawasan Telisai dan Kg Danau.
Kolaborasi operasi terdiri daripada Pasukan Polis Diraja Brunei iaitu Balai Polis Tutong, Balai Polis Lamunin, Jabatan Perisikan Jenayah, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia dan Unit Hal Ehwal Luar Interpol dan Aseanapol, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) seramai 121 orang anggota dan pegawai.
Hasil daripada pemeriksaan dan operasi yang dijalankan telah menemukan kesalahan-kesalahan melibatkan barangan tegahan serta membuat penahanan ke atas beberapa individu.
JKED : 4 penahanan melibatkan 2 warganegara tempatan dan 2 warganegara asing yang dipercayai memiliki barangan tegahan iaitu rokok dan minuman keras.
1 – 7 paket rokok pelbagai jenama
2 – 48 tin minuman keras
3 – 23 botol minuman keras
BKN : seorang (1) lelaki warganegara tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah terkawal.
Kesemua penahanan dan barang rampasan dibawa ke jabatan masing-masing bagi tindakan lanjutan.
Agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa teguh terhadap penekanan undangundang di negara ini dalam matlamat yang utama iaitu bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahupun keamanan di negara ini.
PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
