BELAIT, Jumaat 5 Feb 2021 – Satu operasi sekatan jalanraya telah dikendalikan pada 4 Februari 2021 oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melibatkan Balai Polis Panaga, Daerah Polis Belait di kawasan Jalan Tengah, Panaga.
Dalam operasi sekatan itu telah berhasil mengambil tindakan kompaun ke atas seorang pemandu atas kesalahan memasang pelekat plastik filem di cermin kenderaan di bawah Seksyen 18 Akta Kesalahan Lalulintas Jalanraya Penggal 68.
Pasukan Polis Diraja Brunei mengingati kepada orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalanraya, pandu dengan cermat dan selamat serta hindari daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
