GADONG, Isnin 28 Dis 2020 – Pada menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 5 orang pegawai daripada Pasukan Polis Diraja Brunei telah ditetapkan pangkat masing-masing yang berkuatkuasa bermula 22 Disember 2020.   

Sehubungan dengan itu, satu majlis bagi meraikan kenaikan pangkat pegawai-pegawai berkenaan telah berlangsung di Dewan Bankuet Mes Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong pada 28 Disember 2020.   

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan majlis kenaikan pangkat ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei.   

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia DCP Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, pengarah-pengarah, timbalan pengarah dan pegawai-pegawai kanan PPDB serta ahli keluarga anggota polis yang diraikan.   

Pegawai yang diraikan terdiri daripada tiga (3) orang pegawai lelaki dan dua (2) orang pegawai wanita yang ditetapkan pangkat ke Inspektor Polis.   

Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI