GADONG, Khamis 17 Disember 2020 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Polis kali Ke-99, Tahun 2020 telah berlangsung pada hari ini di Surau Sementara, Dewan Persidangan Ibu Pejabat Polis, Gadong yang dikelolai oleh Badan Ugama Islam, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pengiran Datin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis dan Datin, Pengarah-Pengarah beserta isteri, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Anggota Pangkat Rendah, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan seterusnya bacaan surah-surah lazim, bacaan Tahktim dan Dikir Marhaban.
Seramai 95 orang peserta lelaki dan 117 orang peserta wanita terdiri daripada pegawai-pegawai polis, anggota-anggota pangkat rendah, pegawai dan kakitangan awam Pasukan Polis Diraja Brunei telah menyertai majlis khatam Al-Quran 99 kali sempena hari polis yang ke-99 tahun. Majlis ini bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran dengan membanyakkan pembacaan Al-Quran.
Majlis tersebut diakhiri dengan doa selamat bagi memohon keberkatan kepada Allah agar semua anggota Pasukan Polis Diraja Polis serta seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa dalam kesejahteraan dan lindungan Allah.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
