GADONG, Selasa 15 Disember 2020 – Anggota Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas, Pasukan Polis Diraja Brunei pada 14 Disember 2020 kira-kira jam 10 pagi telah menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun apabila sedang menjalankan sekatan jalanraya di Jalan Muara hala Pusing keliling Manggis, Daerah Brunei Muara.
Semasa pemeriksaan dijalankan terhadap kereta yang dipandu telah menemukan 57 tin minuman keras jenama “Carlsberg”. Kesemua barang tegahan dan kereta rampasan telah dibawa ke Balai Polis Muara bagi siasatan lanjut. Kes ini diambil alih penyiasatannya oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
Dalam masa yang sama Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa meningkatkan usaha dalam menguatkuasa undang-undang serta mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi tujuan pencegahan dan pembenterasan jenayah-jenayah di negara ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
