TEMBURONG, Selasa 10 November 2020 – Keanggotaan Daerah Polis Temburong berjaya menemui sejumlah barang tegahan iaitu sebanyak 624 tin minuman keras pelbagai jenama hasil daripada pemantauan pencegahan jenayah yang dijalankan di Penurunan Perahu Kg Buda-Buda sekitar jam 8 malam pada 9 November 2020.
Dalam pemantauan tersebut telah menjumpai sebuah kereta yang ditinggalkan di kawasan penurunan perahu. Pemeriksaan segera dijalankan ke atas kenderaan berkenaan dan telah menemukan beberapa karton minuman keras dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyalahgunaan dadah.
Kesemua barangan tegahan dan kereta dibawa ke Balai Polis Temburong untuk dijalankan siasatan awal dan kemudiannya kertas penyiasatan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi tindakan lanjut.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa komited dalam arena tugasan pengesanan dan pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
