LIMAU MANIS, Jumaat 6 November 2020 – Pada 6 November 2020 sekitar jam 1.37 petang, pasukan peronda yang terdiri daripada 3 orang anggota RU ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei dan 2 orang anggota ABDB membuat rondaan di kawasan “Jalan Tikus” berdekatan Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.
Semasa rondaan tersebut telah berjaya menahan dua (2) orang lelaki warganegara tempatan berumur 19 dan 23 tahun dan seorang (1) perempuan warganegara Malaysia bawah umur yang didapati membawa masuk barang-barang tegahan dipercayai minuman keras dan rokok ke dalam Negara Brunei Darussalam.
Barang-barang tegahan adalah jenis Era Black 2 kotak kecil, Era Biru 4 kotak kecil dan 24 tin minuman keras jenis Heineken. Kes akan diserahkan dan diambil alih tindakan siasatannya oleh pihak JKED.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) beserta agensi penguatkuasa undang-undang yang lain akan sentiasa komited dalam usaha membenteras, menjalankan risikan serta membuat pemantauan yang berterusan ke atas sebarang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
