MUARA, Isnin 2 November 2020 – Sebanyak 717 tin dan 70 botol minuman keras pelbagai jenama berjaya dirampas hasil daripada rondaan rutin yang dikendalikan oleh anggota Peronda Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei di kawasan laut Pulau Bedukang.

Rondaan sungai yang dijalankan pada waktu pagi 2hb November 2020 itu berjaya mengesan 2 buah perahu yang mencurigakan yang mana 2 orang lelaki sedang mengisi minyak perahu. Hasil pemeriksaan awal, dua suspek tersebut adalah warganegara tempatan berumur 40 dan 42 tahun dan bersamanya terdapat barang-barang tegahan.

Barang-barang tersebut dipunggah dengan segera dan perahu-perahu tersebut ditunda ke Pangkalan Polis Marin untuk dijalankan siasatan lanjut. Kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

PPDB akan terus meningkatkan lagi rondaan dan pemantauan dalam menangani apa juga aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk kegiatan penyeludupan dari masa ke semasa, khususnya di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI