GADONG, Jumaat 9 Oktober 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengadakan Majlis Pengislaman bagi meraikan saudara baharu iaitu L/Kpl 5611 Ruzaini bin Imaak seorang anggota PPDB yang telah berlangsung di Surau Polis Kawalan Diraja, Kg Kiarong.
Majlis berkenaan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku tetamu kehormat.
Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, ACP Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail serta Yang Mulia Ustaz Hj Abd Rajid bin Hj Md Soleh, Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Penyampaian cenderahati disampaikan oleh tetamu kehormat dan diraikan dengan Dikir Marhaban, bacaan Doa Selamat, Sembahyang ‘Asar berjemaah dan menikmati jamuan.
Majlis turut dihadiri oleh para Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan, Pengarah, Ketua-ketua Formasi Polis, Pegawai-pegawai PPDB dan PDI serta ahli-ahli keluarga saudara baharu yang diraikan.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
