BELAIT, Jumaat 17 Julai 2020 – Dua (2) operasi sekatan jalanraya telah dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melibatkan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Labi di kawasan yang berasingan di kawasan Daerah Belait.
Dalam operasi sekatan yang dikendalikan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait itu telah berhasil mengambil tindakan kompaun ke atas seorang pemandu atas kesalahan cukai jalan mansuh. Pemandu akan dijalankan siasatan di bawah Seksyen 8 (4) Akta Kesalahan Lalulintas Jalanraya Penggal 68.
Manakala dalam satu operasi sekatan yang turut dikendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Labi di kawasan Labi tidak ada menemukan sebarang kesalahan.
Pasukan Polis Diraja Brunei mengingati kepada orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalanraya, pandu dengan cermat dan selamat serta hindari daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
