BELAIT, Selasa 7 Julai 2020 – Satu operasi sekatan jalanraya telah dijalankan oleh Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Jalan Tengah Panaga Seria. 

 Operasi sekatan jalanraya yang bermula pada jam 9 malam tersebut melibatkan keanggotaan seramai 10 orang daripada Balai Polis Belait dari Skuad Tindakan Segera. 

Di sepanjang operasi sekatan, pihak Polis telah mengeluarkan notis peringatan kepada seorang pemandu atas kesalahan kenderaan tidak dalam keadaan baik dan juga 25 pemeriksaan secara ‘Stop and Search’. 

Operasi sedemikian adalah salah satu inisiatif tindakan pihak polis dalam usaha untuk memastikan para pengguna/pemandu jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi seperti ini bagi memastikan pelanggaran undang-undang di negara sentiasa ditangani, di samping meningkatkan usaha kesedaran terhadap kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri atau kenderaan yang tidak layak untuk dipandu. 

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI