BRUNEI MUARA, Khamis 18 Jun 2020 –  Seorang lelaki 36 tahun warga tempatan menerima hukuman setelah dihadapkan ke Mahkamah Bandar Seri Begawan atas kesalahan curi di kawasan Kg. Sungai Kebun.

Suspek telah ditahan di Balai Polis Kg. Ayer dan setelah siasatan pihak Polis dijalankan, suspek mengaku melakukan curi terhadap 2 set kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di salah sebuah gedung perniagaan di kawasan Sungai Kebun dengan naik ke atas meja yang berada diluar kedai dan mencabut menggunakan tangan CCTV tersebut. CCTV tersebut dijual balik dengan harga BND$7. Nilai anggaran kerugian berjumlah BND$ 676.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 iaitu curi dan Seksyen 427 iaitu rosak barang Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman selama 6 bulan pemenjaraan di Penjara Maraburong bermula 18 Jun 2020.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI