KUALA BELAIT, Rabu 17 Jun 2020 – Ibu Pejabat Daerah Polis Belait (IPDPB) telah menjalankan Sekatan Jalan Raya Mingguan pada 15 Jun 2020 hari Isnin jam 2100hrs hingga 2300hrs bertempat di Jalan Tengah Seria kawasan berhadapanan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga, Seria.

Bertugas seramai 12 orang ahli anggota IPDPB termasuk seorang anggota Balai Polis Panaga dan Skuad Tindakan Segera Belait yang diketuai oleh S/Sgt 3526 Haslan bin Hj Osman. 

Aktiviti “Stop & Search” dibuat dan hasil daripada sekatan jalanraya tersebut mendapati satu (1) kesalahan kompaun dikeluarkan atas kesalahan lesen memandu mansuh. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI