SERIA, Khamis 11 Jun 2020 – Pada 8 Jun 2020 Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima laporan mengenai satu (1) kes kejadian curi yang berlaku di sebuah bangunan di kawasan Anduki, Seria.
Hasil siasatan terhadap kes tersebut, pada 10 Jun 2020 Daerah Polis Belait telah berjaya menahan enam (6) orang lelaki berumur dalam lingkungan 21 hingga 46 tahun dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Dengan tertangkapnya enam (6) orang suspek berkenaan, PPDB telah berjaya mengenal pasti bahawa kesemua suspek tersebut dipercayai ada mempunyai penglibatan berhubung beberapa kejadian curi di Daerah Belait di mana beberapa barang curi telah berjaya dijumpai.
Kesemua suspek pada masa ini masih ditahan bagi menjalani siasatan lanjut.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
