KUALA BELAIT, Rabu 10 Jun 2020 – Hasil maklumat dan risikan yang telah dijalankan Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berhasil menahan seorang individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian 4 digit loteri di Jalan Dipa Negara, Kg Mumong Kuala Belait.
Suspek yang ditahan adalah seorang wanita penduduk tetap berumur 64 tahun yang dipercayai terlibat menjalankan kegiatan mengutip slip taruhan daripada pembeli loteri.
Dalam serbuan yang dijalankan petang tadi, beberapa barang yang dipercayai digunakan dalam perjudian tersebut termasuk wang tunai dan slip taruhan berjaya dirampas.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Belait bagi siasatan lanjut dan akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(c) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28 yang boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun dan denda tidak kurang daripada $5,000.
Di kesempatan ini, PPDB menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan aktivitiaktiviti yang menyalahi undang-undang di Negara Brunei Darussalam dan menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama yang padu dalam mengongsikan maklumat tentang apa jua aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Di mana maklumatmaklumat berkenaan boleh disalurkan ke mana-mana balai polis yang berdekatan atau ke talian hotline polis 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
