BRUNEI MUARA, Khamis 28 Mei 2020 – Perilaku seorang lelaki (suspek) yang tidak dikenali memasuki ke dalam rumah mengundang padah.  

Insiden yang berlaku pada 26 Mei 2020 itu terjadi di kawasan rumah kediaman di Kg Perpindahan Lambak Kanan Berakas di mana perilaku suspek telah dihidu oleh penghuni rumah serta jiran tetangga sehingga membawa kepada penahanan suspek. 

Suspek bernama Kamarul Zaman bin Bahrom, 45 tahun tidak bekerja dibawa ke Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi dijalankan siasatan lanjut. 

Pada 28 Mei 2020, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Tertuduh tidak mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah memerintahkan ke atas tertuduh untuk direman di Penjara Maraburong bermula hari ini sehingga sebutan kes seterusnya pada 11 Jun 2020. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sentiasa mengalu-alukan kepada orang ramai agar sentiasa memberikan sokongan dalam penyaluran serta perkongsian maklumat terhadap pembanterasan dan menghalang sebarang kegiatan-kegiatan jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI