TEMBURONG, Selasa 12 Mei 2020 – Pemedulian terhadap anak-anak yatim di negara ini dari pelbagai pihak tidak pernah putus terutama ketika menyambut hari lebaran yang akan tiba. 

Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Penyerahan dan Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim PPDB di Daerah Temburong.  

Penyerahan yang berlangsung pagi 12 Mei 2020 telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Pengiran Saifuddin bin Pengiran Haji Yussof bersama beberapa Pegawai Polis dan anggota (PPDB) di Daerah Temburong. 

Majlis sedemikian merupakan aktiviti tahunan PPDB yang dihasrat dapat membantu anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan. Melalui sumbangan ini juga sekurang-kurangnya dapat memberikan sinar kegembiraan dan keceriaan bagi mereka serta keluarga dalam menyambut Syawal akan datang. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI