LIMAU MANIS, Khamis 7 Mei 2020 – Sejumlah 1400 karton rokok serta sebanyak 276 botol minuman keras pelbagai jenis telah ditemukan semasa Operasi Sepadu Covid-19 yang dijalankan di kawasan Jalan Tikus Kg Junjongan. 

Percubaan penyeludupan barangan tegahan tersebut berlaku pada 6 Mei 2020 ketika mana rondaan yang dijalankan oleh keanggotaan daripada Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah membuahkan hasil dengan membuat penahanan ke atas dua (2) buah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan sedang melalui kawasan jalan tikus. 

Walau bagaimanapun, semasa ditemui  pemandu tidak ada berada didalam kereta dan dipercayai telah melarikan diri. Justru, pemeriksaan dijalankan ke atas kereta-kereta tersebut dan menemukan sejumlah kotak barang-barang tegahan iaitu rokok dan minuman keras pelbagai jenais. 

Kedua (2) buah kenderaan tersebut dibawa ke Balai Polis Limau Manis, PPDB bagi menjalani seiasatan awal dan kes kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siatasan lanjut di bawah Akta Kastam dan Eksais Diraja. 

Dalam hal ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa meningkatkan keupayaan dalam memperkasa usaha kerajaan untuk sama-sama menangani isu-isu berkaitan yang berkaitan dengan jenayah rentas sempadan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI