BRUNEI MUARA, Khamis 27 Feb 2020 – Pelbagai aktiviti berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan telah dikendalikan bersempena dengan Sambutan Hari Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) kali ke 99 tahun ini. 

Antara lain perancangan yang berjalan pada ketika ini ialah aktiviti bergotong royong yang disertai oleh anggota polis dan juga penglibatan masyarakat kampung seperti membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang diadakan di perkuburan Jariat Besar Kampung Katimahar, kawasan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kampung Katimahar dan kawasan tanah perkuburan Mas Otak Kampung Limau Manis. 

Penglibatan beberapa Balai-Balai Polis seperti Limau Manis dan Sengkurong turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Menguasa Balai masing-masing serta anggota. 

Dengan adanya inisiatif melalui rangkaian persahabatan yang dibina bersama penduduk kampung ini diharap akan dapat mengukuhkan lagi keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis dalam kerjasama untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam aman lagi harmoni. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​