GADONG, Khamis 27 Feb 2020 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-99 Tahun, salah satu kegiatan yang dirangka pada tahun ini adalah Kempen Derma Darah yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk menyumbang dan mengumpulkan bekalan darah di negara ini yang mana secara tidak langsung dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan.  

Dalam pada itu juga, dengan adanya kempen sedemikian dihasrat akan dapat mencapai keberkesanan yang positif ke arah kesedaran anggota PPDB dalam memupuk sikap tanggungjawab terhadap kepentingan dan keperluan bekalan darah.   

Kempen derma darah ini seterusnya akan dilaratkan lagi ke Jabatan-jabatan di bawah PPDB serta daerah-daerah Polis yang lain. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​