LIMAU MANIS, Khamis 6 Feb 2020 – Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sekali lagi telah berhasil menggagalkan dua (2) percubaan untuk membawa masuk barang tegahan iaitu rokok sebanyak 25 karton di kawasan Kampung Junjongan Limau Manis. 

Bagi penemuan pertama sekitar jam 1.15 petang berupa satu (1) tekiding berisi  sepuluh (10) karton rokok pelbagai jenama. 

Dalam penemuan kedua, di lokasi yang sama pada sekitar jam 2.30 petang telah menemukan satu (1) tekiding berisi lima belas (15) karton rokok pelbagai jenama. 

Daripada kedua-dua penemuan tersebut dipercayai baru sahaja ditinggalkan oleh suspek penyeludup. Kesemua barang-barang tegahan dibawa ke Balai Polis Limau Manis dan kes dipindahkan siasatannya ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) khususnya Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni akan sentiasa komited dalam operasi-operasi pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Brunei Darusslam. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​