Ahad, 2 Feb 2020 – Kerjasama antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama penduduk kampung dieratkan lagi melalui program kesukarelawan iaitu Pengawasan Kejiranan (PK) yang dikelola sepenuhnya oleh PPDB dengan berterusan membuat aktiviti rondaan pencegahan jenayah di beberapa tempat semalam.
Antara yang menjalankan program tersebut adalah daripada ahli PK Kampung Sungai Liang bersama keanggotaan Balai Polis Sungai Liang. Aktiviti pada malam berkenaan menjurus kepada rondaan pencegahan jenayah yang menumpukan di kawasan sekitar Taman Peranginan Kampung Sungai Liang.
Pada masa yang sama ahli PK dari Kampung Puni dan Ujong Jalan juga turut serta bersama keanggotaan Balai Polis Temburong menjalankan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan rumah-rumah kosong yang tidak berpenghuni, kawasan bekas penurunan feri Ujong Jalan serta kawasan Jambatan Persahabatan Brunei dan Malaysia.

Di sepanjang rondaan pada malam tersebut tidak ada menemukan sebarang aktiviti atau perkara-perkara yang mencurigakan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara ini.
Inisitif yang diusahakan ini perlu berterusan sebagai pendekatan terbaik masyarakat dengan pihak Polis bagi tujuan melahirkan persekitaran kampung atau tempat yang lebih selamat demi mengukuhkan kerjasama di kalangan masyarakat akan kepentingan menjaga keselamatan dari berlakunya jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
