TUTONG, Rabu 22 Januari 2020 – Satu Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Tutong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) beserta Jabatan Buruh telah dijalankan di kawasan Daerah Tutong.

Operasi Sepadu yang dihadiri seramai 79 orang pegawai dan ahli itu diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani dan mensasarkan ke 3 lokasi bertempat di Kg Bukit Sibut, Kg Bukit Udal dan Jln Petani Kg Pekan Tutong.
Hasil daripada operasi tersebut telah menemukan sejumlah 20 paket rokok yang terdiri daripada pelbagai jenama. Pemilik ditahan serta barangan tegahan dirampas untuk siasatan lanjut oleh pihak JKED.
Operasi pada malam itu merupakan usaha berterusan agensi penguatkuasa undang-undang di Daerah Tutong dalam sama-sama membanteras jenayah dan kegiatan menyalahi undang-undang.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
