KUALA LURAH, Isnin 30 Dis 2019 – Sebanyak 23 kesalahan telah dicatatkan dalam Operasi Sepadu yang dijalankan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah semalam.
Daripada jumlah itu, 21 adalah kes kompaun direkodkan oleh Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) manakala 2 kesalahan di bawah akta Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

Operasi sempena musim cuti persekolahan dan sempena menyambut tahun baru yang bakal tiba itu telah melibatkan pelbagai agensi penguatkuasa seperi JSKLL, Balai Polis Limau Manis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta JPD dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan penglibatan pegawai dan anggota seramai 55 orang.
Operasi diketuai oleh Pemangku Ketua Unit Pentadbiran JSKLL, Timbalan Penguasa Polis, Ang Lay Bee.
Objektif lain operasi berkenaan adalah untuk meningkatkan disiplin masyarakat sebagai pengguna jalan raya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab dan memastikan undang-undang yang diperuntukkan ke atas agensi-agensi yang terlibat dilaksanakan dan dipatuhi.
PPDB juga menasihatkan orang ramai supaya akan sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
