BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 15 Dis 2019 – Pasukan Lumba Perahu Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) telah mengikuti kejohanan Lumba Perahu Seri Tanjung anjuran Majlis Perundingan Kampung Sungai Bunga yang telah berlangsung pada 15 Disember 2019 yang lalu. 

Sebanyak 8 pasukan telah mengikuti kejohanan tersebut yang diadakan di perairan Kg Sg Matan sehingga ke kawasan perairan Kg Sg Bunga. Dalam kejohanan tersebut juga, Pasukan Lumba Perahu MSPDB telah bergabung dengan Pasukan Pengawasan Kejiranan (PK) dan Majlis Perundingan Kampong (MPK) Sg Bunga dalam beberapa kategori iaitu kategori 30 orang dan 25 orang terbuka. Gabungan tersebut telah berjaya menjadi johan dalam kategori 30 orang terbuka dan naib johan dalam kategori 25 orang terbuka. 

Sementara bagi kategori 15 dan 10 orang terbuka, Pasukan Lumba Perahu MSPDB telah berjaya mendapat tempat kedua dan bagi kategori 30 orang terbuka maraton pula, pasukan polis mendapat tempat keempat. 

Tetamu kehormat bagi acara perlumbaan dan sekaligus menyempurnakan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI