TUTONG, Sabtu 14 Dis 2019 – Dua (2) operasi pemeriksaan mengejut melibatkan agensi penguatkuasa undang-undang telah dikendalikan pada lewat malam 14 disember 2019 yang terdiri daripada keanggotaan Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).
Operasi tersebut telah mensasarkan sebuah rumah tempat tinggal warga asing di kawasan Chempaka Kompleks dan sebuah rumah kediaman barek di kawasan Kg Sengkarai, Tutong.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan beberapa barangan tegahan iaitu sejumlah paket rokok yang tidak diisytiharkan.
Seramai 2 orang individu warga asing dan seorang (1) penduduk tetap telah dijalankan siasatan kerana melanggar akta di bawah JKED.

Matlamat operasi adalah untuk memastikan tiada ada pelanggaran akta perundangan berlaku terutama sekali melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan barangan tegahan yang dibawa masuk secara haram.
Di samping itu juga, operasi-operasi sedemikian akan sentiasa berterusan dijalankan bagi memastikan pembanterasan apa jua jenis kegiatan jenayah dan yang menyalahi undang-undang di negara ini akan sentiasa dibendung dan dicegah dengan sewajarnya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
