GADONG, Rabu 11 Dis 2019 – Lawatan sambil belajar dari Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei telah diadakan di Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Gadong.
Rombongan seramai 51 orang itu diketuai oleh Mejar Aimerul Halpi bin Talip.
Lawatan tersebut dimuatkan dengan taklimat mengenai peraturan-peraturan jalanraya dan kesalahan lazim pengguna-penggunanya yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Polis Pg Omarali bin Pg Hj Manshor, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) yang diadakan di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Polis berkenaan.


Daripada taklimat yang diberikan ianya khusus bertujuan mendidik dan membuka mata agar lebih memahamkan para peserta pelawat tentang pentingnya mematuhi dan mengikuti peraturan-peraturan jalanraya. Di samping itu dengan adanya lawatan ini akan lebih memantapkan permuafakatan antara kedua belah pihak.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
