SELASA, 10 Dis 2019 – Peranan berjiran adalah amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, ianya juga mendatangkan kesan yang bermanfaat serta berfaedah dalam menyumbang komponen penting terhadap pembangunan ekonomi, sosial serta kesejahteraan bernegara.

Salah satu strategi yang dicatur oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ialah dengan mewujudkan program Pengawasan Kejiranan (PK) bagi menanai hasrat permuafakatan semasa berjiran dan bermasyarakat. Sebagai contoh, memohon bantuan jiran untuk memata-matai rumah yang tidak berpenghuni, lebih-lebih lagi di musim percutian yang sedang berlangsung ini.

Berbagai aktiviti-aktiviti PK dipraktikkan dengan sewajarnya bermula awal disember ini dengan mengadakan rondaan-rondaan bersama ahli-ahli PK bertujuan untuk pencegahan dan pembanterasan jenayah di kawasan setempat.

Kampung-kampung yang terlibat menjalankan rondaan seperti PK Kg Sumbiling dan PK Kg Sibut di bawah tadahan Mukim Amo, PK Kg Long Mayan Lamunin, PK Kg Lubok Pulau, PK Kg Pandan B, PK RPN Kg Panaga, PK STKRJ Seria, PK Kg Mumong, PK Kg Perpindahan Mata-Mata tadahan Mukim Gadong B serta di tempat letak kereta Stadium Tertutup Berakas.

Diharapkan usaha yang dikerah ini akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada orang ramai dengan melibatkan bersama-sama menyertai menjadi ahli PK dalam sama-sama membantu pihak polis memerangi, membanteras dan mencegah kegiatan-kegiatan jenayah sehingga ke akar umbi.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI