BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 5 Dis 2019 – Beberapa buah bilik penginapan dan bilik sewa di kawasan Bandar Seri Begawan telah diserbu oleh keanggotaan Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat dan Unit Siasatan Pecah Rumah dan Curi Kereta, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Operasi yang dikendalikan secara berasingan pada sekitar waktu petang 5 Disember 2019 itu berhasil memberkas dua (2) orang wanita warganegara Viet Nam dipercayai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu memberikan khidmat seks manakala dua (2) orang lelaki warganegara yang sama (Viet Nam) turut ditahan bagi dijalankan siasatan dipercayai dalang kepada aktiviti tersebut. 

Tangkapan ke atas dua (2) orang wanita tersebut bernama TRAN MY HANG 30 tahun telah berada di negara ini sejak 28 November 2019 dan HA THANH HUYEN berumur 18 tahun juga telah berada di negara ini sejak 15 November 2019 yang lalu dengan menggunakan pas pelawat. Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan turut menemukan beberapa bahan bukti seperti kepingan kondom, krim/minyak pelincir serta sejumlah wang tunai. 

Manakala tangkapan bagi dua (2) orang lelaki warganegara Viet Nam bernama NGUYEN VAN DAT berumur 22 tahun dan NGUYEN NGOC THAO berumur 24 tahun. 

Kesemua suspek dan barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut. 

PPDB berharap dengan kerjasama yang sentiasa utuh bersama masyarakat awam dalam perkongsian penyaluran maklumat akan dikekalkan bagi tujuan pembanterasan dan pencegahan jenayah secara menyeluruh di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI