TUTONG, Isnin 25 Nov 2019 – Sebanyak dua Operasi Sekatan Jalanraya telah dikendalikan oleh Balai Polis Lamunin yang tertumpu di kawasan Lamunin, Daerah Tutong. 

Sepanjang Operasi dijalankan telah mendapati 2 jenis kesalahan dan tindakan kompaun telah dikeluarkan melibatkan pemasangan pelekat filem cermin kenderaan dan mengubah suai kenderaan. 

PANAGA – Satu kesalahan kompaun telah dikeluarkan ke atas pemandu kerana memiliki lesen memandu yang mansuh hasil daripada operasi sekatan jalanraya yang dikendalikan oleh Balai Polis Panaga, Daerah Polis Belait. 

LABI – Enam anggota Balai Polis Labi turut tidak ketinggalan mengendalikan sekatan jalanraya di kawasan Simpang tiga (3) Jalan Merangking, Labi.  

27 buah kenderaan telah dijalankan pemeriksaan dan tidak menemukan sebarang kesalahan yang melanggar peraturan lalulintas. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan berusaha dan sentiasa berterusan dalam mengadakan operasi sekatan sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya sentiasa peka dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI