BRUNEI MUARA, Khamis 14 Nov 2019 – Pada 31 Oktober 2019, Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menahan 6 orang warga tempatan termasuk 4 lelaki dan 2 wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan jenayah Peminjaman Wang Tanpa lesen.
Keenam-enam suspek berkenaan ;
1- Sariffudin bin Haji Sidop, 41 tahun
2- Julai bin Abu Samah, 37 tahun
3- Yahya bin Osman, 39 tahun
4- Noor Saifan bin Haji Garip, 45 tahun
5- Dayang Hajah Fadzliah bte Awang Haji Matassan, 40 tahun
6- Lealy Roearni bte Untong, 39 tahun
Kesemua enam suspek ini sedang disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Pemberi Pinjam Wang Bab 62 dan juga Kesalahan Pembersihan Wang Haram di bawah Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah 2012.
Penahanan ini adalah hasil maklumat daripada agensi-agensi penguatkuasaan dan orang ramai.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan percaya akan sebarang iklan-iklan haram berkaitan pinjaman wang segera daripada ceti-ceti haram. Orang ramai juga disarankan agar bertindak lebih bijak sebelum terlibat dan melakukan sebarang urusan pinjaman daripada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah, dapatkan pinjaman wang melalui daripada urus niaga bank yang diiktiraf dan diakui kepercayaannya.
Sekali lagi PPDB ingin memohon kerjasama orang ramai untuk sentiasa tampil dan memberikan sebarang maklumat bagi membanteras dan menurunkan kadar jenayah di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
