LAMUNIN, Khamis 14 Nov 2019 – Balai Polis Lamunin, Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengesahkan menerima laporan mengenai kes pekerja buruh jatuh dari bangunan semasa melakukan tugas di kawasan tapak pembinaan penternakan kandang lembu, Kg Batang Mitus, Tutong.
Mangsa merupakan seorang lelaki warga asing bangsa Bangladesh bernama Ripon Mia berumur 32 tahun bekerja sebagai tukang cat dan berada di negara ini lebih kurang 3 bulan yang lalu.
Siasatan awal mendapati tidak ada menunjukkan sebarang unsur-unsur jenayah.
PPDB ingin mengingatkan kepada pekerja-pekerja tempatan atau pekerja asing agar sentiasa berwaspada ketika membuat pekerjaan berat atau tempat yang tinggi. Paling penting dan utama ialah untuk sentiasa memakai peralatan keselamatan bagi mengelakan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
