Isnin, 4 Nov 2019 – Beberapa program Pengawasan Kejiranan (PK) dilaksanakan bagi memupuk semangat kejiranan tentang peri pentingnya dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan itu, penyuburan semangat kejiranan yang kental dapat membantu usaha-usaha perpaduan dalam kejiranan kampung masing-masing untuk memastikan kesejahteraan negara.
Bagi program PK aktiviti pendekatan dan rondaan pencegahan jenayah dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa melalui penglibatan semua pihak agar kegiatan jenayah di kawasan kediaman kampung ditangani dengan sewajarnya.
Sebanyak (7) tujuh rondaan pencegahan jenayah bergerak aktif bersama penghulu dan ketua kampung yang diketuai oleh pegawai menguasa balai masing-masing melibatkan PK Kg Sungai Liang, PK RPN Kg Panaga, PK STKRJ Seria, PK Kg Lumut I, PK Kg Rataie, Perpindahan Rataie dan STKRJ, PK Kg Bebuloh serta Gabungan PK Kg Rimba, Kg Tungkadeh, Kg STKRJ Rimba Gadong dan Kg Belimbing.
Dalam pada itu, taklimat ringkas tentang langkah- langkah keselamatan dan sedikit perkongsian statistik jenayah diterangkan kepada ahli-ahli PK terlibat sebelum rondaan dijalankan.
Sepanjang rondaan dijalankan menggunakan kenderaan dan secara berjalan kaki tidak ada menjumpai sebarang aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang mencurigakan dijumpai.
Sementara itu, hubungan kejiranan dipereratkan melalui aktiviti pendekatan dikendalikan dari Fokal Point Balai Polis Muara diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Muara,Inspektor Kanan (S/Insp) Saidin bin Mohamad Salleh ke rumah kediaman Pmk Ketua Kg Serasa/RPN Kg Serasa dan rumah kediaman Pmk Ketua Kg Kapok.

Objektif pendekatan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti PK yang akan diadakan dalam masa terdekat ini dan turut membangkitkan isu-isu hal ehwal di kampung masing-masing.
Di samping itu juga, Fokal Point Balai Polis Labi diketuai Penolong Pegawai Menguasa Balai, SM 2729 Gudin bin Sunggoh membuat pendekatan dan pemantauan ke rumah-rumah kediaman Ketua Kg Labi I, Kg Labi II, Rumah Panjang Mendaram Besar diselajurkan dengan penyerahan borang keahlian PK serta membincangkan mengenai rondaan pencegahan jenayah yang akan diperluaskan dan dipertingkatkan lagi dengan penglibatan ahli-ahli PK yang telah sedia ada.
Di Daerah Temburong, perisian pendekatan dari Fokal Point Balai Polis Temburong bersama Pmk Ketua Kampung Sumbiling Mukim Amo bertujuan bagi mengeratkan silaturahim di antara pasukan dan masyarakat kampung serta mengongsikan aktiviti-aktiviti PK.
Tidak ketinggalan di Daerah Brunei Muara, keanggotaan Balai Polis Berakas membuat pemantauan dan pendekatan ke rumah kediaman Pmk Ketua Kampung Kawasan 5 RPN Rimba Mukim Gadong A. Manakala, Fokal Point Balai Polis Pusat BSB mengadakan pendekatan bersama Pmk Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata Mukim Gadong B.
Dengan adanya aktiviti sedemikian, ahli-ahli PK berkesempatan untuk berkumpul dan bekerjasama dalam mewujudkan suatu suasana masyarakat yang bermaklumat mengenai kedudukan jenayah setempat dan kaedah pencegahannya.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
