LAMUNIN, Sabtu 19 Oktober 2019 – Sebanyak 286 buah kenderaan telah dicatat hasil daripada operasi sekatan jalanraya yang dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Jalan Barun, Lamunin. 

Operasi yang dikendalikan seramai 15 orang anggota itu diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor (Insp) Muhd Zulfadli bin Hj Awang Yussof dan telah berhasil menemukan 7 kesalahan lalulintas untuk diambil tindakan kompaun. 

Antara yang ditemui ialah kesalahan memasang pelekat filem di cermin kenderaan, tidak memasang bendera bagi jentera pengangkutan, membawa lebih muatan daripada dibenarkan, mengubahsuai kenderaan serta kenderaan tidak layak dan selamat dipandu di atas jalanraya. 

TEMBURONG – Operasi yang serupa juga dikendalikan oleh 5 orang keanggotaan Balai Polis Bangar PPDB di kawasan Jalan Bukok, Temburong pada 16 Oktober 2019. 

Hasil daripada operasi berkenaan, 1 (satu) kesalahan kompaun telah dikeluarkan ke atas seorang pemandu kerana didapati telah melanggar akta lalulintas. 

PPDB sentiasa mampan dan terus komited dalam melaksanakan operasi ini secara optimal dan berterusan dalam usaha untuk membantu negara ini mencapai hasrat mengurangkan kadar kemalangan dan mendidik para pemandu untuk lebih peka dalam etika keselamatan dan pemanduan di jalanraya. 

Dengan adanya operasi-operasi sedemikian, akan memberikan kesan faedah dan impak yang positif dalam usaha pengesanan, pembanterasan serta penahanan ke atas penjenayah-penjenayah yang cuba untuk melebarkan aktiviti-aktiviti jenayah serta kegiatan negatif di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI