LIMAU MANIS, Rabu 11 Sept 2019 – Beberapa bungkusan daging mentah telah dirampas oleh keanggotaan Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di Simpang 2302 Kg Junjongan, Limau Manis.
Hasil daripada Operasi Langkah yang dijalankan di kawasan Kg Junjongan telah berhasil menahan sebuah kenderaan jenis van yang mencurigakan beserta pemandunya semasa hendak keluar daripada kawasan jalan tersebut.

Semasa menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menemukan bungkusan daging mentah yang tersimpan di dalam satu bekas penyimpanan dipercayai daging yang cuba diseludup masuk daripada jalan tikus.
Suspek bernama Jufri bin Haji Sahib, warganegara tempatan berumur 43 tahun ditahan bersama barang bukti dan dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi dijalankan siasatan.
PPDB melalui Pasukan Simpanan Polis Kompeni C akan sentiasa menjalankan operasi dan rondaan di kawasan-kawasan sempadan negara ini dalam usaha menangani jenayah-jenayah rentas sempadan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
