BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 31 Julai 2019 – Seorang perempuan warganegara Filipina bernama Marilou Sandoval Ardiente berumur 29 tahun bekerja sebagai pembantu rumah telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 30 Julai 2019.
Kejadian dilaporkan ke Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan berikutan suspek dipercayai telah melakukan curi wang tunai kepunyaan mangsa yang berlaku di Kg Menglait, Gadong pada 27 Julai 2019.
Siasatan telah mendapati wang berjumlah USD600 telah hilang dan dipercayai dicuri. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi dalam bangunan.
Hasil dari perbicaraan tertuduh telah mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 4 bulan di Penjara Jerudong bermula pada 30 Julai 2019.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa peka dalam menyimpan barangan berharga ketika tidak berada di dalam rumah untuk pencegahan daripada berlakunya kejadian jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
