BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 29 Julai 2019 – Balai Polis Panaga, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadapkan seorang lelaki warganegara tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380 (Curi Dalam Bangunan) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Suspek bernama Seriman bin Sulaiman, berumur 39 tahun dan bekerja sendiri telah direman bagi siasatan lanjut sehingga 31 Julai 2019 kerana dipercayai terlibat dengan kes curi barang kemas yang berlaku di kawasan E1 Perumahan BSP, Panaga Seria.   

Menurut siasatan awal, beg mangsa yang diletakkan di dalam rumah telah diselongkar dan mendapati barangan kemas telah hilang dipercayai dicuri semasa mangsa sedang membersihkan di kawasan halaman rumah. 

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada agar rumah sentiasa dalam keadaan terkawal dan dikunci rapi dan tidak sekali-kali memberi kesempatan kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI