BRUNEI MUARA, Jumaat 26 Julai 2019 – Daerah Polis Brunei dan Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan aktiviti keugamaan iaitu Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 73 Tahun bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan di bawah tadahan Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir di Majlis berkenaan Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Maon, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Johari @ Jahari, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung serta ahli-ahli PK.
Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Menguasa Balai Polis, ahli Focal Point balai-balai serta daripada keanggotaan Unit Perhubungan Awam PPDB selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan seluruh Daerah.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Surau Polis, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Matahir dan diikuti Solat Asar Berjemaah.
Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi melahirkan tanda kesyukuran di atas kepimpinan KDYMM dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga KDYMM dilanjutkan usia, sihat wal’afiat dan kekal ke arah memerintah Negara dengan berlandaskan iman dan panduan dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
