BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 22 Julai 2019 – Seorang lelaki warga tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 22 Julai 2019 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi kereta.
Kejadian tersebut dilaporkan ke Balai Polis Berakas pada 18 Julai 2019. Menurut aduan, kereta beliau telah didapati hilang dan dipercayai dicuri di luar kawasan syarikat perniagaan kereta Jalan Pulaie selepas meninggalkannya selama beberapa minit.

Hasil siasatan lanjut, seorang suspek bernama Mohammad Asmadi bin Busrah berumur 23 tahun dan tidak memiliki sebarang pekerjaan telah berjaya ditahan bersama kereta yang dicuri di kawasan Jalan Kebangsaan Lama, Berakas.
Hasil daripada sebutan kes, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh dengan pemenjaraan selama 12 bulan di Penjara Maraburong bermula 20 Julai 2019.
Pasukan Polis Diraja Brunei sekali lagi menyeru kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan peka semasa hendak meninggalkan kereta untuk ke kedai atau meninggalkan kereta untuk seketika, perlulah dipastikan enjin kereta dimatikan dan dikunci bagi mengelakkan sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
