SUNGAI LIANG, Jumaat 12 Julai 2019 – Seramai 61 orang pegawai dan anggota Penguatkuasa Undang-Undang telah terlibat dalam Operasi Cegah 2/2019 di kawasan Sungai Liang dan Labi semalam yang dikendalikan hasil daripada koliberasi Balai Polis Sungai Liang dan Balai Polis Labi, Daerah Polis Belait Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Agensi Penguatkuasa yang terlibat ialah daripada Balai Polis Sungai Liang, Balai Polis Labi, Special Duty Daerah Polis Belait PPDB, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) serta ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK). Operasi tersebut telah diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Amerol bin Haji Metusin. 

Operasi pemeriksaan mengejut yang telah menyasarkan ke 2 lokasi yang berasingan di kawasan Sungai Liang dan Labi telah mendapati 1 kesalahan di bawah Akta JKED iaitu penemuan barang tegahan rokok. Suspek beserta barang rampasan diserahkan kepada pihak JKED bagi tindakan lanjut.   

PPDB ingin memohon dan menasihati kepada orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam penyaluran maklumat berkaitan jenayah kepada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang di negara ini bagi tindakan sewajarnya dan ini juga membuktikan bahawa kerajaan mengambil berat dan amat serius dalam menangani kegiatan-kegiatan yang berhubung dengan perlakuan jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI