BRUNEI MUARA, Khamis 11 Julai 2019 – Operasi Sepadu sekatan jalanraya telah dikendalikan semalam yang telah mensasarkan sejumlah lokasi dan tempat di ketiga-tiga daerah di Negara ini semalam.
Operasi Sepadu yang dijalankan melibatkan seramai melebihi 200 orang pegawai dan anggota yang terdiri daripada Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) dan Balai-Balai dari Daerah-Daerah Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta agensi-agensi penguatkuasa undang-undang iaitu Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) serta penglibatan daripada keanggotaan Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Operasi Sepadu ini di diketuai oleh Pmk Ketua Unit Penguatkuasa merangkap Ketua Unit Rondaan & Kawalan JSKLL, Yang Mulia Penolong Penguasa Polis (ASP) Pengiran Omar Ali bin Pengiran Haji Manshor manakala bagi daerah-daerah lain diketuai oleh Pegawai Siasatan dan Lalulintas Daerah Polis masing-masing yang dijalankan pada jam sekitar 9 malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi.




Hasil daripada operasi sepadu yang dijalankan semalam secara keseluruhannya mendapati ;
DAERAH BRUNEI MUARA
PPDB : 80 Kompaun dan 9 Doket
JKED : 18 Kesalahan
JPD : 12 Kesalahan
BKN : 3 Kesalahan
DAERAH TUTONG
PPDB : 36 Kompaun dan 1 Doket
JKED : 3 Kesalahan
JIPK : 2 Kesalahan
DAERAH BELAIT
PPDB : 12 Kompaun
Kesalahan-kesalahan yang didapati semalam melibatkan seperti lesen memandu mansuh, mengubah suai kenderaan, tidak menampal pelekat cukai jalan, kenderaan tidak dilindungi insuran serta penemuan barangan tegahan seperti rokok dan vape.
Diharapkan dengan operasi yang dijalankan ini akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang Negara Brunei Darussalam, di samping memohon kepada masyarakat awam agar turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna dalam matlamat menangani perkara-perkara jenayah hingga peringkat akar umbi demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.
Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota-anggota bertugas untuk mengamalkan sifat sopan, berkhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan mesyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
