Isnin, 8 Julai 2019 – Empat (4) Program rondaan pencegahan jenayah Pengawasan Kejiranan (PK) telah dijalankan semalam di kawasan Daerah Temburong, Brunei Muara serta di Daerah Belait.
TEMBURONG – Seramai 4 anggota balai yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Percubaan (P/Insp) Iman Aqilah Fikriah bte Haji Shafiee telah membuat rondaan pencegahan bersama 5 orang ahli PK Kg Perpindahan STKRJ Rataie, Mukim Bokok.
Hadir bersama-sama membuat rondaan ialah Pemangku Ketua Kg Rataie, Yang Mulia Haji Moslim bin Haji Salleh. Tumpuan rondaan bermula daripada kawasan persekitaran Kg Perpindahan Rataie, Kawasan Masjid, Bangunan Kerajaan serta kawasan rumah kediaman di bawah Mukim Bokok.
LABI – Rondaan yang sama juga dikendalikan di kawasan Bukit Sawat, Labi yang dipimpin oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Percubaan (P/Insp) Janatun Na’em bin Hj Abdul Rahim bersama Pemangku Ketua Kg Bukit Sawat, Yang Mulia Muhammad bin Abdullah.
Kawasan-kawasan rumah kediaman penduduk kampung, bangunan kerajaan, empangan air serta tempat penurunan perahu menjadi tumpuan rondaan pada malam tersebut.
SG LIANG – Koliberasi PK Kg Sg Liang bersama Balai Polis Sg Liang telah mengendalikan satu rondaan pencegahan di kawasan persekitaran kampung.
Seramai 4 anggota polis yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Sg Liang, Penolong Penguasa Polis (ASP) Mohammad Amerol bin Haji Matussin beserta 6 orang ahli PK yang dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Sg Liang, Yang Mulia Hj Mohd Ibrahim bin DMS Dian.
BERAKAS – Semalam rondaan PK beramai-ramai turut dikendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Berakas bersama ahli PK Kg Kawasan 1, RPN Lambak Kanan.
Rondaan dan pemantauan menggunakan kenderaan telah menyusuri beberapa kawasan tadahan seperti Jalan 99, kawasan sekolah dan masjid sehingga ke Jalan 49.
Hasil daripada semua rondaan tidak ada menemukan sebarang kejadian jenayah dan yang mencurigakan. Rondaan berjalan dengan lancar dan akan diadakan secara berterusan pada masa akan datang bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan bagi tujuan utama ‘Mencegah Jenayah Bersama Masyarakat’.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
