BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 8 Julai 2019 – Beberapa program Pengawasan Kejiranan (PK) memainkan peranan dalam pencegahan jenayah bagi sama-sama menjalin dan mengekalkan persefahaman dan perhubungan erat di antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan masyarakat awam.
Koperal 4604 Hasnan bin Ali selaku Fokal Point PK Balai Polis Pusat BSB telah mengadakan pendekatan ke rumah mantan Ketua Kampung Sg Matan, Yang Mulia Pg Haji Abd Rahman bin Hj Zainal.
Hadir sama bagi mendukung program ini ialah Pemangku Ketua Kampung Sg Matan, Yang Mulia Zulkhari bin Haji Junaidi dan 4 orang ahli PK Kg Sg Matan.
Perbincangan pagi itu fokus kepada perkongsian maklumat mengenai statistik jenayah serta perancangan aktiviti PK yang akan datang di kampung berkenaan.
Dalam pada itu, rondaan turut dijalankan bagi meneliti tempat-tempat yang sering dijadikan tumpuan perkumpulan dan perlepakan di waktu malam, di persekitaran kawasan stesen elektrik dan sepanjang Jambatan Kg Sg Matan.
BELAIT – Semalam, rondaan pencegahan jenayah dari ahli PK Kampung Pandan C bersama Fokal Point Balai Polis Kuala Belait giat dijalankan di beberapa tempat terutama di kawasan lagun, kawasan perumahan teres pandan, kawasan flat kerajaan pandan dan sekitar kawasan Kampung Pandan C.
Seramai 5 orang ahli PK yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Pandan, Yang Mulia Haji Affendy bin Haji Awang Damit hadir bersama bagi menyokong program ini.
Sepanjang rondaan yang diketuai oleh Koperal 2721 Shamsudin bin Haji Naim itu berakhir dengan tidak ada menemukan sebarang kegiatan jenayah atau perkara yang mencurigakan berlaku.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
