LAMUNIN, Selasa 2 Julai 2019 – Balai Polis Lamunin, Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima panggilan yang mana ada satu kes mati mengejut dipercayai terkena renjatan elektrik.

Kejadian aneh berlaku di kawasan Tapak Pembinaan Bangunan Perniagaan dan Perumahan 5 tingkat, Kg Lamunin.

Mangsa seorang lelaki warga asing bangsa Bangladesh bernama Sheikh Alamin berumur 24 tahun bekerja sebagai tukang cat dan baru berada di negara ini sejak 10 hari yang lalu.

Siasatan awal tidak ada menunjukkan sebarang unsur-unsur jenayah. Bedah siasat akan dijalankan bagi membantu dan mengesahkan punca kematian.

Di kesempatan ini pihak Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati ketika menggunakan sebarang peralatan elektrik ketika menjalankan pekerjaan.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI