BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 29 Jun 2019 – Balai Polis Sengkurong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadapkan seorang suspek warga tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi sebiji telefon bimbit melalui satu video rakaman CCTV yang telah “Tular” pada 27/06/2019 berlaku di Kedai Jafariya Kg Sengkurong.
Individu terbabit Abdul Hilmi bin Hj Md Soefri, lelaki berumur 30 tahun dan tidak bekerja.
Pendakwaan dijalankan oleh DPP Syazwani di hadapan Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar. Tertuduh mengaku bersalah melakukan curi di bawah Seksyen 380 (curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhi hukuman pemenjaraan di Penjara Maraburong mulai tarikh 29/06/2019.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
