BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 24 Jun 2019 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) membuat aktiviti pendekatan dan beramah mesra berkunjung berhari raya ke rumah Ketua Kampung Jaya Setia/Kampung Jaya Bakti/Pemangku Kampung Burung Pinggai Berakas, Mukim Berakas ‘A’.
Hadir mengetuai aktiviti tersebut iaitu Penolong Penguasa Polis (ASP) Md Ruddy Mas-Sharhain bin Haji Sarbini selaku Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas dan Inspektor Polis Mohammed Nagib bin Haji Alias selaku Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas.

Pendekatan ini diteruskan dengan beramah mesra sambutan hari raya bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim antara Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota balai bersama ketua kampung serta penduduk-penduduk kampung berkenaan.
Perbincangan fokus menjurus kepada aktiviti-aktiviti Pengawasan Kejiranan (PK) khusus tadahan kampung berkenaan. Merancang jadual rondaan dan pendekatan jenayah sepanjang bulan Jun dan Julai 2019 akan datang.
Sesi soal jawab mengenai dengan statistik jenayah dan masalah serta bertukar-tukar maklumat. Turut dibuat juga penyerahan brochure mengenai dengan “Langkah Pencegahan Jenayah” yang telah disampaikan oleh ASP Md Ruddy kepada kedua-dua Pemangku Ketua Kampung Kawasan 1 dan 2, RPN Rimba iaitu Awang Haji Adanan bin Taha @ Awang Mohamad dan Awang Haji Mohamad bin Haji Kabon.
TEMBURONG – Manakala Focal Point Daerah Polis Temburong menjalankan rondaan dan pencegahan jenayah bersama pengawasan kejiranan Kampung Puni dan Ujong Jalan, Mukim Bangar.

Operasi rondaan dijalankan di sekitar Kampung Ujong Jalan, tempat bekas penurunan feri, rumah-rumah kerajaan yang kosong, penurunan perahu, rumah-rumah persendirian yang kosong dan di kawasan jambatan persahabatan Brunei dan Malaysia.
BELAIT – Balai Polis Labi juga mengendalikan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli PK Kampung Bukit Sawat.
Rondaan diketuai oleh Inspektor Percubaan Janatun Na’em bin Haji Abdul Rahim, Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Labi. Turut hadir Pemangku Ketua Kampung Bukit Sawat, Muhammad bin Abdullah.
Rondaan dibuat di kawasan bangunan kerajaan, tempat penurunan perahu serta rumah-rumah penduduk kampung. Sepanjang rondaan dijalankan tiada mendapati sebarang kesalahan jenayah dan mencurigakan didapati.
TUTONG – Balai Polis Lamunin juga menjalankan rondaan bagi pencegahan jenayah ke pendalaman kawasan Kampung Bukit sehingga sempadan jalan Merangking Tutong.

Sebelum rondaan dibuat sedikit penerangan dan taklimat telah disampaikan mengenai langkah–langkah keselamatan semasa rondaan dan diterangkan oleh Inspektor Mohd Zulfadli bin Hj Mohd Yusof, Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin kepada ahli-ahli PK Kampung Bukit dan juga Incaj Pos Kg Bukit.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
