SERIA, Selasa 18 Jun 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Seria telah menghadapkan 3 orang lelaki warganegara tempatan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes pukul yang dilaporkan berlaku di kawasan STKRJ lorong 3 Selatan Seria.

Tahanan pertama bernama Yusmadi bin Busrah 47 tahun tidak bekerja. Manakala tahanan kedua bernama Mohd Keril bin Yusof 29 tahun tidak bekerja dan tahanan ketiga bernama Jamal bin Yunus 48 tahun juga tidak bekerja.

Ketiga-tiga tahanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 yang boleh dihukum penjara selama satu tempoh yang boleh sampai 15 tahun dan sebat.

Kes telah dihadapkan oleh DPP Muizzah dan di hadapan Magistrate Honourable Judge Muhamed Faisal di Mahkamah Perantaraan.

Hasil perintah mahkamah yang mana semua tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin. Sebutan kes seterusnya akan dibuat pada 27/06/2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI